Posts

Kajian MIDF Dapati Kenaikan OPR Tak Jejaskan Permintaan Rumah

Image
Sumber Foto : EdgeProp HARTANAH | Permohonan pinjaman rumah kekal stabil pada Ogos 2022, sekali gus memberi petunjuk bahawa permintaan bagi hartanah tidak terkesan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana permintaan disokong oleh pembukaan semula ekonomi, kata MIDF Research dalam nota penyelidikannya. Nota penyelidikan pada 12 Oktober 2022 berkata, menurut data dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah meningkat kepada RM53.4 bilion pada Ogos 2022, meningkat 4.5 peratus berbanding bulan sebelumnya selepas mencatatkan penurunan bulanan 12.5 peratus pada Julai. Firma penyelidikan itu menjelaskan dari segi perbandingan tahunan, permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah pada Ogos 2022 melonjak sebanyak 66.1 peratus berikutan asas yang rendah pada Ogos 2021 susulan sekatan pergerakan di Malaysia pada masa itu. "Jumlah permohonan pinjaman yang diluluskan bagi pembelian hartanah meningkat 2.4 peratus kepada RM23.3 bilion pad

Kajian Dapati 51 Peratus Rakyat Akui Tak Mampu Beli Rumah

Image
Sumber Foto: IProperty HARTANAH | Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 PropertyGuru Malaysia mendedahkan bakal pembeli rumah menghadapi masalah kemampuan apabila 51 peratus responden tidak layak untuk skim perumahan mampu milik kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah tanpa bantuan kewangan. Dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada Julai 2022 dan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang meningkat kepada paras tertinggi sehingga 4.4 peratus tahun ke tahun, bakal pembeli rumah mungkin akan terus berdepan dengan isu kemampuan dan kebimbangan berhubung kemelesetan global dan kadar inflasi yang berterusan. Ini terbukti dalam kajian PropertyGuru Malaysia itu, dengan kira-kira separuh daripada responden yang dikaji menyatakan bahawa mereka tidak layak untuk skim perumahan kerajaan dan mungkin tidak mampu untuk membeli hartanah tanpa bantuan. Dalam kajian itu, 73 peratus daripada responden mempunyai pemahaman yang jelas mengenai syarat kelayakan untuk perumahan ma

Kajian Dapati Harga Rumah Mungkin Meningkat Ketara Dalam Tempoh Dua Tahun

Image
       Sumber Foto : Mohd Ezli Mashut HARTANAH | Harga rumah kediaman dijangka meningkat ketara dalam tempoh dua tahun datang dengan keyakinan tinggi terhadap ekonomi negara, demikian menurut Indeks dan Kaji Selidik Hartanah Suku Ketiga 2022 yang dikeluarkan oleh Juwai IQI Malaysia. Dalam kenyataan media pada 19 Julai 2022/Selasa, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Juwai IQI berkata ejen-ejen hartanah menjangkakan harga rumah kediaman akan meningkat sebanyak 11.8 peratus di seluruh negara dalam tempoh 12 bulan akan datang. Kashif Ansari berkata, pertumbuhan itu berterusan pada tahun berikutnya dengan harga dijangka berada 16.5 peratus lebih tinggi dalam tempoh 24 bulan akan datang. "Di Pulau Pinang, ejen-ejen meramalkan pertumbuhan harga 17 peratus dalam masa dua tahun. Ejen-ejen di Johor mengunjurkan pertumbuhan harga 18.1 peratus dalam tempoh sama. "Ejen-ejen di Kuala Lumpur dan Selangor menjangkakan pertumbuhan harga 15.9 peratus, manakala ejen-eje

Impak Inflasi, Jualan Hartanah Dijangka Mendatar Pada 2022

Image
  Sumber Foto : I-property HARTANAH | Jualan hartanah bagi tahun 2022 dijangka berada pada paras yang sama seperti tahun 2021 meskipun pasaran hartanah mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi, kata penganalisis. RHB Research dalam nota penyelidikan berkata, ketidaktentuan dicetuskan tekanan inflasi, penyusutan ringgit dan potensi risiko kemelesetan di negara Barat amenjejaskan pemulihan permintaan. Ia juga menjangkakan tekanan kos berterusan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun 2022 dan isu kekurangan tenaga kerja tidak diselesaikan dalam tempoh terdekat memandangkan pelbagai sektor juga bersaing untuk bekalan tenaga kerja sebaik saja ia tersedia. "Walaupun pelaksanaan sekatan pergerakan, jualan hartanah pulih dengan kukuh pada separuh kedua 2021, didorong juga oleh Kempen Pemilikan Rumah (HOC). Seperti yang dijangkakan, jualan hartanah merosot pada suku pertama 2022 selepas tamat tempoh HOC pada Disember 2021 berikutan kebanyakan pembeli mengemukakan pembelian merek

Statistik Dapati 1.9 Juta Kediaman Tidak Dihuni

Image
   Sumber Grafik: Property Guru HARTANAH | Sebanyak 1.9 juta daripada 9.6 juta kediaman direkodkan Jabatan Perangkaan (DOSM) di tidak didiami seluruh negara. Ketua Perangkawan pada sidang media pada 15 Jun 2022 berkata berdasarkan penemuan Banci Malaysia 2020, berbanding 2010 hanya 1.2 juta kediaman kosong direkod yang menunjukkan penambahan 700,000 kediaman. Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata statistik itu turut merekodkan sebanyak 18 peratus kediaman di Pahang yang dibeli tidak didiami sepenuhnya dan Melaka pula merekodkan lebih 30 peratus kediaman tidak didiami. "Antara faktor ialah kediaman dibeli itu tidak didiami dan dijadikan sebagai rumah persinggahan, homestay dan lain-lain kerana pemilik bekerja di tempat lain," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Bancian Malaysia 2020 turut merekodkan penduduk negara ini berjumlah 32.4 juta orang. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 17 juta adalah golongan lelaki manakala 15.5 juta pula wanita. "Nisba

Kesulitan Kewangan Jejas Permintaan Rumah - PropertyGuru

Image
    Sumber Foto: MyMove HARTANAH | PropertyGuru Malaysia dalam Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku kedua mendapati kediaman bertanah terus menjadi pilihan utama, namun kesulitan kewangan menjejaskan permintaan pembeli pada suku pertama 2022. Laporan berkenaan mendapati, indeks permintaan jualan hartanah bertanah mencatat peningkatan 5.21 peratus tahun ke tahun. Pengurus Negara Malaysia PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my dalam kenyataan media pada 19 Mei 2022 berkata trend dalam pasaran kediaman bertanah menunjukkannya terus menjadi pilihan utama pembelian, walaupun bakal pembeli rumah buat masa ini terjejas oleh isu kemampuan dan kesulitan kewangan, sekali gus mengakibatkan permintaan yang lebih perlahan. "Walaupun kita perlahan-lahan melihat penambahbaikan dalam pasaran, sentimen pengguna masih terjejas oleh kesan berlarutan pasca COVID-19. "Disebabkan kebimbangan terhadap peningkatan inflasi, bakal pembeli rumah lebih berhati-hati, mencari penstabilan semula