Statistik Dapati 1.9 Juta Kediaman Tidak Dihuni

   Sumber Grafik: Property Guru


HARTANAH | Sebanyak 1.9 juta daripada 9.6 juta kediaman direkodkan Jabatan Perangkaan (DOSM) di tidak didiami seluruh negara.


Ketua Perangkawan pada sidang media pada 15 Jun 2022 berkata berdasarkan penemuan Banci Malaysia 2020, berbanding 2010 hanya 1.2 juta kediaman kosong direkod yang menunjukkan penambahan 700,000 kediaman.


Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata statistik itu turut merekodkan sebanyak 18 peratus kediaman di Pahang yang dibeli tidak didiami sepenuhnya dan Melaka pula merekodkan lebih 30 peratus kediaman tidak didiami.


"Antara faktor ialah kediaman dibeli itu tidak didiami dan dijadikan sebagai rumah persinggahan, homestay dan lain-lain kerana pemilik bekerja di tempat lain," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Bancian Malaysia 2020 turut merekodkan penduduk negara ini berjumlah 32.4 juta orang.


Katanya, daripada jumlah itu, seramai 17 juta adalah golongan lelaki manakala 15.5 juta pula wanita.


"Nisbah jantina pula 113 lelaki bagi setiap 100 wanita," katanya.


Sementara itu, Mohd Uzir berkata, DOSM yang baharu membangunkan platform data terbuka generasi baharu dikenali sebagai 'KAWASANKU' sedang meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan platform itu kepada rakyat negara ini.


Katanya, ini kerana KAWASANKU mengandungi informasi berkaitan profil demografi penduduk berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.


"Dengan mengakses KAWASANKU melalui https://kawasanku.dosm.gov.my/, rakyat boleh mendapatkan maklumat berkaitan memaparkan statistik kependudukan dan indikator demografi serta sosioekonomi," katanya.


Platform KAWASANKU boleh menjadi nadi kepada perancangan lebih khusus dan spesifik mengikut bidang fokus di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai rujukan dan analisis perbandingan.


KAWASANKU turut menyediakan perbandingan 'visualisation map' di peringkat Parlimen dan DUN untuk beberapa indikator antaranya maklumat kepadatan penduduk, pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan, akses kepada bekalan elektrik dan air dan peratus permukaan diliputi hutan.

Comments

Popular posts from this blog

Kajian Dapati 51 Peratus Rakyat Akui Tak Mampu Beli Rumah

Kajian MIDF Dapati Kenaikan OPR Tak Jejaskan Permintaan Rumah