Impak Inflasi, Jualan Hartanah Dijangka Mendatar Pada 2022

Sumber Foto : I-property HARTANAH | Jualan hartanah bagi tahun 2022 dijangka berada pada paras yang sama seperti tahun 2021 meskipun pasaran hartanah mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi, kata penganalisis. RHB Research dalam nota penyelidikan berkata, ketidaktentuan dicetuskan tekanan inflasi, penyusutan ringgit dan potensi risiko kemelesetan di negara Barat amenjejaskan pemulihan permintaan. Ia juga menjangkakan tekanan kos berterusan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun 2022 dan isu kekurangan tenaga kerja tidak diselesaikan dalam tempoh terdekat memandangkan pelbagai sektor juga bersaing untuk bekalan tenaga kerja sebaik saja ia tersedia. "Walaupun pelaksanaan sekatan pergerakan, jualan hartanah pulih dengan kukuh pada separuh kedua 2021, didorong juga oleh Kempen Pemilikan Rumah (HOC). Seperti yang dijangkakan, jualan hartanah merosot pada suku pertama 2022 selepas tamat tempoh HOC pada Disember 2021 berikutan kebanyakan pembeli mengemukakan pembelian merek...