Posts

Showing posts from October, 2022

Kajian MIDF Dapati Kenaikan OPR Tak Jejaskan Permintaan Rumah

Image
Sumber Foto : EdgeProp HARTANAH | Permohonan pinjaman rumah kekal stabil pada Ogos 2022, sekali gus memberi petunjuk bahawa permintaan bagi hartanah tidak terkesan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana permintaan disokong oleh pembukaan semula ekonomi, kata MIDF Research dalam nota penyelidikannya. Nota penyelidikan pada 12 Oktober 2022 berkata, menurut data dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah meningkat kepada RM53.4 bilion pada Ogos 2022, meningkat 4.5 peratus berbanding bulan sebelumnya selepas mencatatkan penurunan bulanan 12.5 peratus pada Julai. Firma penyelidikan itu menjelaskan dari segi perbandingan tahunan, permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah pada Ogos 2022 melonjak sebanyak 66.1 peratus berikutan asas yang rendah pada Ogos 2021 susulan sekatan pergerakan di Malaysia pada masa itu. "Jumlah permohonan pinjaman yang diluluskan bagi pembelian hartanah meningkat 2.4 peratus kepada RM23.3 bilion pad