Posts

Showing posts from September, 2022

Kajian Dapati 51 Peratus Rakyat Akui Tak Mampu Beli Rumah

Image
Sumber Foto: IProperty HARTANAH | Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 PropertyGuru Malaysia mendedahkan bakal pembeli rumah menghadapi masalah kemampuan apabila 51 peratus responden tidak layak untuk skim perumahan mampu milik kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah tanpa bantuan kewangan. Dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada Julai 2022 dan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang meningkat kepada paras tertinggi sehingga 4.4 peratus tahun ke tahun, bakal pembeli rumah mungkin akan terus berdepan dengan isu kemampuan dan kebimbangan berhubung kemelesetan global dan kadar inflasi yang berterusan. Ini terbukti dalam kajian PropertyGuru Malaysia itu, dengan kira-kira separuh daripada responden yang dikaji menyatakan bahawa mereka tidak layak untuk skim perumahan kerajaan dan mungkin tidak mampu untuk membeli hartanah tanpa bantuan. Dalam kajian itu, 73 peratus daripada responden mempunyai pemahaman yang jelas mengenai syarat kelayakan untuk perumahan ma