Posts

Showing posts from July, 2022

Kajian Dapati Harga Rumah Mungkin Meningkat Ketara Dalam Tempoh Dua Tahun

Image
       Sumber Foto : Mohd Ezli Mashut HARTANAH | Harga rumah kediaman dijangka meningkat ketara dalam tempoh dua tahun datang dengan keyakinan tinggi terhadap ekonomi negara, demikian menurut Indeks dan Kaji Selidik Hartanah Suku Ketiga 2022 yang dikeluarkan oleh Juwai IQI Malaysia. Dalam kenyataan media pada 19 Julai 2022/Selasa, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Juwai IQI berkata ejen-ejen hartanah menjangkakan harga rumah kediaman akan meningkat sebanyak 11.8 peratus di seluruh negara dalam tempoh 12 bulan akan datang. Kashif Ansari berkata, pertumbuhan itu berterusan pada tahun berikutnya dengan harga dijangka berada 16.5 peratus lebih tinggi dalam tempoh 24 bulan akan datang. "Di Pulau Pinang, ejen-ejen meramalkan pertumbuhan harga 17 peratus dalam masa dua tahun. Ejen-ejen di Johor mengunjurkan pertumbuhan harga 18.1 peratus dalam tempoh sama. "Ejen-ejen di Kuala Lumpur dan Selangor menjangkakan pertumbuhan harga 15.9 peratus, manakala ejen-eje